Tidak sama sekali. Mereka akan mendapat satu e-mel yang memaklumkan mereka tentang permintaan tandatangan itu dan apa yang mereka perlu lakukan hanyalah membuka dokumen dan menandatangan. Tiada apa-apa yang perlu dibayar atau latihan khusus yang perlu diambil. Menandatangan adalah pantas dan mudah. Selepas mereka menandatangan, kedua-dua pihak akan menerima satu salinan dokumen secara automatik.
Percubaan 30 hari akan memberi anda akses kepada ciri-ciri yang hanya tersedia dalam pelan berbayar kami supaya anda dapat mengalami semua manfaat eTandatangan. Jika anda memutuskan untuk menamatkan percubaan anda dalam masa 30 hari, kami tidak akan mengecaj anda.
Templat digunakan untuk dokumen yang perlu digunakan semula dan kerap kali dihantar untuk ditandatangani. Semasa menyediakan dokumen untuk ditandatangan, pengguna boleh memilih untuk menyimpan sebagai templat. Mencipta templat akan menyimpan medan yang disediakan dalam dokumen dan ini menjadikan penghantaran akan datang pantas dan mudah. Menghantar templat untuk ditandatangani adalah pantas kerana medan sudah disediakan dalam dokumen, lalu menyingkirkan keperluan untuk bermula dari awal setiap kali.
Ya, langganan anda akan diperbaharui secara automatik melainkan anda menukar atau membatalkan akaun anda, yang anda boleh lakukan dalam masa beberapa saat dari tetapan akaun anda.
Seseorang yang hanya menerima dan membalas permintaan tandatangan tidak dianggap sebagai pengirim. Mereka tidak memerlukan akaun HelloSign untuk menandatangan dan mereka tidak perlu membayar apa-apa untuk menandatangan dokumen.
Pengirim adalah seseorang yang memuat naik, menandatangan dan menghantar dokumen menggunakan HelloSign dan/atau meminta tandatangan daripada orang lain menggunakan HelloSign.
e-Tandatangan daripada HelloSign adalah sah di sisi undang-undang di bawah Akta ESIGN 2000, yang menyediakan alternatif kedudukan undang-undang yang sama seperti yang bertulis. Jejak audit yang tidak boleh disunting dilampirkan pada setiap permintaan tandatangan HelloSign, yang memastikan agar setiap tindakan dijejak dan bercap masa sepenuhnya. Keselamatan amat penting untuk kami di HelloSign, dan kami mahu pengguna yakin bahawa dokumen sensitif mempunyai amanah dan juga kesahihan.
Tidak menemui jawapan kepada soalan anda? E-mel pasukan sokongan kami. Kami berbesar hati untuk membantu!