Tandatangan Kontrak Dalam Talian

Anda sudah sedia untuk mula menandatangan? Buat akaun percuma untuk menghantar permintaan tandatangan pertama anda.

Mula Tandatangan Hari Ini.

Daftar secara percuma

Apakah cara untuk saya menandatangani kontrak dalam talian dengan HelloSign?

e-Tandatangan HelloSign boleh digunakan untuk menandatangani semua jenis kontrak, daripada persetujuan tidak rasmi kepada urus janji jualan syarikat. Tandatangan elektronik kami menghapuskan keperluan mencetak, menandatangan, mengimbas dan menghantar faks; lantas memudahkan anda menandatangani kontrak dalam talian pada bila-bila masa.

Berikut merupakan beberapa contoh kontrak yang ditandatangani menggunakan e-Tandatangan:

  • Kontrak jualan
  • Kontrak kerja bebas
  • Pajakan hartanah
  • Dan banyak lagi!

Adakah sah untuk menandatangani kontrak dalam talian?

HelloSign menyediakan penyelesaian e-Tandatangan yang sah di sisi undang-undang kepada anda untuk keperluan kontrak anda. HelloSign mematuhi syarat Tandatangan Elektronik A.S. di Akta Perdagangan Negara dan Dunia 2000 (ESIGN), Akta Urus Niaga Elektronik Seragam (UETA) dan eIDAS Kesatuan Eropah (EU No.910/2014) berkenaan tandatangan dan penghantaran elektronik, lantas menjadikan e-Tandatangan pantas, mudah dan sah di sisi undang-undang.

Bagi maklumat lanjut tentang dokumen yang sahih, anda boleh melihat kiriman blog kami tentang kesahihan e-Tandatangan di sini

Bagaimanakah HelloSign berfungsi?

HelloSign ialah aplikasi mesra desktop dan peranti yang memberikan anda kuasa untuk memformatkan kontrak dalam talian dengan medan teks, meminta tandatangan elektronik untuk kontrak dalam talian, menyimpan jejak audit terperinci untuk setiap dokumen dan menyimpan dokumen bertandatangan dengan selamat dalam akaun anda. Kami menyediakan teknologi yang mematuhi undang-undang dan standard e-Tandatangan semasa.

Kami sudah wujud sejak 2010 lagi dan berkembang pesat selama beberapa tahun terakhir!

Bagaimanakah proses aliran kerja menandatangani kontrak dalam talian?

Anda boleh mula menandatangani kontrak dalam talian sebaik sahaja anda mencipta akaun HelloSign. Berikut merupakan gambaran tentang proses aliran menandatangan:

  1. Muat naik kontrak jualan yang ingin ditandatangan atau dihantar.
  2. Gunakan kotak teks, kotak tandatangan atau kotak tarikh untuk memformatkan medan yang sesuai dalam dokumen anda.
  3. Masukkan maklumat hubungan penerima (e-mel) dan tambah mesej peribadi kepada penerima.
  4. Klik "Minta Tandatangan."

Sebaik sahaja anda menghantar permintaan tandatangan, anda akan menerima pemberitahuan e-mel secara automatik sehingga dokumen telah ditandatangani. Peringatan ini memudahkan anda untuk menjejaki sebarang kontrak dalam talian yang dihantar untuk ditandatangani agar anda tidak kehilangan sebarang urus janji atau dokumen dalam proses.

Bonus: Semua aliran tandatangan HelloSign menampilkan pengalaman penandatangan yang optimum, maka anda boleh menandatangan dengan mudah daripada telefon mudah alih atau tablet anda.

Apakah ciri lain yang berguna untuk seseorang yang mahu menghantar atau menandatangani kontrak dalam talian?

Selain daripada ciri asas HelloSign, terdapat ciri utama lain yang tersedia dalam pelan HelloSign tertentu untuk sesiapa yang mahu menandatangani kontrak dalam talian. Ciri ini dicipta untuk menjadikan pengaturan susunan tandatangan dan aliran kontrak lebih mudah dan berkesan:

  • Kebenaran penandatangan. Pengesahan dua faktor ialah alat perlindungan yang memerlukan penandatangan memasukkan kod unik sebelum mengakses dokumen anda. Ini sememangnya berguna untuk dokumen yang sangat sulit!
  • Susunan penandatangan. Perlukan lebih daripada seorang untuk menandatangani dokumen? Anda boleh menugaskan susunan tandatangan untuk memastikan medan yang betul diisi mengikut urutan yang betul.
  • Pengesahsahihan data. Untuk melindungi daripada kesalahan ejaan penandatangan, anda boleh menetapkan peraturan pada medan teks anda. Misalnya, anda boleh tetapkan peraturan "angka sahaja" untuk medan teks nombor telefon. Penandatangan akan menerima ralat jika mereka memasukkan aksara selain daripada angka.
  • Templat. Ciri ini membolehkan anda mencipta templat boleh guna semula untuk dokumen yang kerap digunakan. Anda cuma perlu memformat dokumen itu sekali, simpan sebagai templat dan kemudian anda boleh mengakses formatnya berulang kali!

Harap maklum bahawa ciri-ciri ini mungkin hanya tersedia di pelan HelloSign tertentu. Sila hubungi wakil Jualan jika anda berminat untuk mengetahui pelan yang mana terbaik untuk anda.

Bermula

Tandatangan Dokumen secara Percuma

Daftar secara percuma

Tandatangan Dokumen Pdf secara Digital

Gunakan HelloSign untuk Menandatangani Dokumen Pdf secara Digital

Daftar secara percuma
Ilustrasi tangan dengan pen dan tandatangan di dalam tetingkap skrin komputer
Ilustrasi yang menunjukkan antara muka HelloSign

Tahukah anda bahawa anda boleh menandatangani dokumen secara elektronik dalam talian, walaupun dokumen itu dalam format tidak boleh diedit seperti PDF? Menandatangani dokumen PDF dalam talian memudahkan anda untuk mendapatkan kerja menulis anda yang paling penting diisi dan dihantar dengan segera, walaupun anda tidak memiliki pencetak, pengimbas atau mesin faks. HelloSign – penyelesaian e-Tandatangan yang memberi anda semua alatan yang diperlukan untuk menandatangani dokumen PDF dalam talian.

HelloSign memberikan tandatangan elektronik yang sah di sisi undang-undang dan setiap satu dilindungi dengan pengawalan dan pematuhan keselamatan. Dengan menggunakan HelloSign, anda boleh memformatkan PDF anda dengan medan pemformatan khas (seperti medan teks, kotak semak, medan tarikh, medan tandatangan dan banyak lagi) agar anda boleh mengisi dokumen PDF dan memasukkan tandatangan anda yang sah di sisi undang-undang. Anda juga boleh menghantar dokumen lengkap melalui e-mel kepada penerima pilihan anda.

Mudah sahaja untuk bermula!

Langkah 1
Buat akaun HelloSign anda.
Gunakan pengesah Google atau masukkan e-mel dan kata laluan anda.
Langkah 2
Muat naik dokumen PDF anda.
Tarik dokumen PDF ke dalam akaun anda daripada desktop atau muat naik daripada salah satu aplikasi yang bersepadu dengan kami seperti Box, Evernote, Google Docs dan banyak lagi.
Langkah 3
Format PDF menggunakan medan pemformatan khas.
Anda cuma perlu seret dan jatuhkan setiap medan di bahagian berkenaan dalam dokumen.
Langkah 4
Isikan dan tandatangan PDF.
Masukkan maklumat anda ke dalam setiap medan dan masukkan tandatangan elektronik anda untuk menjadikan PDF tersebut sah di sisi undang-undang.
Langkah 5
Hantar dan simpan.
Anda mempunyai pilihan untuk menghantar dokumen lengkap kepada penerima melalui e-mel. Satu salinan dokumen lengkap juga akan disimpan ke akaun HelloSign anda.
Sudah siap
Itu sahaja!
Daftarkan akaun HelloSign anda untuk bermula. Tiga dokumen terawal setiap bulan adalah percuma, dengan tiada had untuk dokumen bagi mana-mana pemegang pelan Pro atau lebih tinggi.

Bermula

Tandatangan Dokumen secara Percuma

Mulakan Percubaan Percuma
Ilustrasi dokumen kertas, dokumen e-tandatangan dan tandatangan

Menandatangani Dokumen secara Percuma

HelloSign: Menandatangani Dokumen secara Percuma

Daftar secara percuma
Ilustrasi tangan dengan pen dan tandatangan di dalam tetingkap skrin komputer
Ilustrasi yang menunjukkan antara muka HelloSign

Lebih mudah untuk anda menandatangani semua dokumen anda paling penting tanpa perlu memikirkan tentang pencetak, pengimbas atau mesin faks. Tandatangan elektronik yang sah di sisi undang-undang memberi anda kuasa untuk menandatangani dokumen dalam talian menggunakan desktop, tablet atau telefon mudah alih.

HelloSign ialah pembekal e-Tandatangan yang komited dalam menghasilkan proses kerja menulis tandatangan kurang melecehkan dan tidak membebankan. Dengan menggunakan alat e-Tandatangan percuma kami, anda boleh menghasilkan tandatangan elektronik, format dokumen, simpan dokumen ditandatangani – semua ini secara dalam talian!

Selain daripada menyediakan tandatangan elektronik yang mudah digunakan, kami juga menawarkan perkhidmatan lain yang memudahkan kerja menulis. Berikut merupakan beberapa ciri yang akan anda nikmati dengan akaun berbayar HelloSign:

Templat.
Sediakan dokumen sekali sahaja, simpan ia sebagai templat dan kemudian gunakannya berulang kali.
Pengesahan data.
Anda tidak perlu bimbang lagi tentang memasukkan alamat e-mel yang salah di medan yang tidak betul.
Makluman e-mel.
Nikmati pemberitahuan dan isyarat e-mel secara automatik bagi sebarang tindakan yang diambil pada dokumen anda. Misalnya, anda akan melihat waktu dokumen dibuka, dilihat dan ditandatangani.
Penyimpanan yang selamat.
Semua dokumen disimpan dengan selamat dalam akaun HelloSign anda.
Anda sudah bersedia untuk menandatangan?
Buat akaun HelloSign pertama anda dan dapatkan tiga dokumen percuma setiap bulan. Pelan pro dan ke atas membuka ciri berkuasa seperti templat dan pengesahsahihan data.
Harap maklum bahawa ciri-ciri ini mungkin hanya tersedia di pelan HelloSign tertentu. Sila hubungi wakil Jualan jika anda berminat untuk mengetahui pelan yang mana terbaik untuk anda.

Bermula

Tandatangan Dokumen secara Percuma

Mulakan Percubaan Percuma
Ilustrasi dokumen kertas, dokumen e-tandatangan dan tandatangan